Wednesday, March 4, 2009

Makan apa yang aku fikirkan.

Apabila ku sebut makan, semua orang lihat badan. Apabila ku sebut makan sekali lagi, semua orang lihat perut. Apabila ku mengeluarkan wang 500 ringgit, semua orang akan melihat wallet. hmmm..???

Tidak makan sehari, boleh jadi gila, tidak makan 2 hari, boleh jadi lebih gila, tidak makan 3 hari pula boleh tidor sepanjang hari, tetapi, jika tidak makan 4 hari boleh tidor selamanya. Makan selalunya di mulut, ku tahu ada yang makan di muka, di hidung pun ada, di telinga apatah lagi, di mata dan di rambut selalu. Tidak ada seorang pun yang pernah makan dari lobang jubur. 

Apabila makan, kita menggunakan tangan kanan, sudu, gerpu atau candas. Ada pula yang makan menggunakan tangan kiri, pensil dan sebagainya. Orang seperti ini selalunya kurang siuman, kurang didikan kesopanan dan ini dikecualikan kepada mereka yang tidak mempunyai tangan dan barang kemudahan.

 Makanan yang dimakan selalunya panas, ada juga yang sejuk, perisanya pula adalah seperti manis, masam, dan pedas. Tidak ada yang suka makan makanan yang pahit dan tidak berperisa. Makanan yang tersedia sememangnya ada yang sedap, ada yang kurang sedap dan ada yang tidak sedap. Sebenarnya, ia terpulang kepada lidah seseorang dan nafsu masing-masing. Orang yang masam, suka makan yang masam, orang yang manis pula, suka makan makanan yang manis dan untuk orang yang masin, dia suka makan yang masin. Semuanya karut, sudah ku katakan tadi, ia terpulang kepada lidah seseorang dan nafsu masing-masing. Jangan salahkan orang yang menghantar makanan, jangan salahkan orang yang memasak makanan, jangan salahkan orang lain yang merasanya dan jangan salahkan mereka yang merungut akan ke enakan makanan tersebut. Salahkan lidah sendiri, kerana ia yang merasanya,kerana ia yang membuat kamu merasa bagaimana rasanya memakan masakan pilihan kamu. Sudah di fikirkan berulang kali,  memang mereka semua yang salah!! memang lidah ku yang betul..Kerana makan, lidah ku membuat ku AKU.

Ku memang suka makan, makanan ku, ku rasa semua orang pun pernah rasa. Jenis ku, ku suka mencoba apa saja makanan, rugi lah kepada mereka yang belum pernah mencobanya. Makan tidak perlu  banyak, makan sedikit pun alhamdulilah, cukup untuk sehari dua pun alhamdulilah. Selain itu, ku tidak suka membazir, ku sedar, ku tahu, ada yang lebih memerlukannya, bukan di sini tapi di sana. Pantang ku apabila melihat makanan yang tidak habis, Pantang ku apabila makanan yang tidak habis di buang ke tong sampah, pantang ku berabis apabila semua ini ku lihat dan benar. 

Makanan ku sedap apabila ada orang dengan ku makan, tidak kira siapa, asalkan ada dengan ku makan. Makan seorang diri selalunya membosankan, malahan lagi, seperti tidak mempunyai kawan dan keluarga. Terutamanya, apabila makan di sebuah restaurant india, berseorangan duduk di  kerusi, berdepanan dengan meja, makanan tersedia di atas meja, tidak ada sesiapa yang di kenali di depan atau di sisi. India-india, Indon-indon, melayu-melayu bini laki melihat sambil berfikir tentang suasana orang itu. Mereka percaya orang itu memang tidak mempunyai kawan yang rapat atau kawan yang mahu menghampirinya atau  keluarga yang ingin bersamanaya dan sebagainya. Baru itu, belum lagi berada di restaurant mewah. Apatah lagi jika ia duduk di sebelah meja satu keluarga atau satu kumpulan kawan yang ceria. Tentu dia merasa sesuatu kekurangan dalam kehidupannya. Siapa juga yang mahu makan seorang. Itu lah yang ku rasa sebagai orang melayu. Risau dengan keadaan. Ku tidak mahu kehidupan ku dalam kekosongan. Biarlah di isi dengan benci, sayang dan dendam oleh mereka ketika makan. Makan bersama keluarga, makan bersama kawan rapat, jauh, kawan yang baru kenal dan kawan yang di sayangi. Itu yang ku mahu..

Makan kerana wang boleh bermaksud apa saja. Ini disoalkan apabila seseorang yang baik hati itu rela mengeluarkan wang untuk pembelanjaan makan di sesuatu tempat. Tidak kira dari siapa pun, orang yang baik , jahat, gila, sialan, bodoh, pandai,kaya atau miskin, siapa saja .Tidak kira di mana pun, mahal atau tidak, sedap atau pun tidak, berterima kasih lah kepadanya. kerana dia rela dengan seiklas hati. 

Makan jadikan aku AKU, bukan orang yang jadikan aku AKU, ku makan ini ku dapat ini, ku makan itu, ku dapat itu. Mudah saja, makan makanan yang banyak lemak, banyaklah lemak di badan.Di samping itu, pemakanan ku harus di jaga, tetapi ada kalanya, ku rasa tidak dapat mengawal, sooooo..aku makan saja..huhuu.




No comments: