Wednesday, March 11, 2009

Berjalan bukan dengan kereta.

Pernahkah diri mu terfikir pada sesuatu ketika dulu dan sekarang untuk berjalan-jalan pergi kesana kemari menggunakan kaki untuk berjalan, bukan berjalan menggunakan kereta pergi merantau di sana sini membeli belah dan pergi ke destinasi yang tidak patut kereta diperlukan. Kes ini sudah lama menjadi soal tanya kepada sesiapa yang telah dan baru saja perasan dengan sekelilingnya.

Kerana malu, penggunaan kereta boleh dijadikan alasan. Alasan yang boleh diterima oleh golongan orang-orang Brunei. Ku pun orang Brunei. hmm. Ku faham situasi yang akan di sampaikan. Terutamanya yang muda-mudi yang mampu berkereta dan kepada sesiapa saja yang ikut bersama untuk memenuhi kekosongan ditempat duduk. 

Hairan, adakah disebabkan kita berada di sini, budaya merantau disini sana menjadi-jadi, pergi berjalan tanpa arah tuju, berjalan menggunakan kereta untuk menghabisi minyak, tidak berjalan kaki kerana malu. Merekalah yang tidak mempunyai tujuan yang betul. Betul bermaksud ada urusan penting dan berfaedah seperti pergi berkerja dan sebagainya. 

Jarang dan mungkin kamu tidak pernah melihat anak-anak muda Brunei datang dan pergi dari Bandar berjalan kaki dari hujung Bandar ke hujung Bandar, bukan pada hari perayaan, bukan pada hari untuk beramai-ramai bersama keluarga, bukan hari yang di tetapkan, walaupun berjalan kaki dari Yayasan ke Tamu Kiangih, tentu tiada dua-puluh lima kebawah yang hidup di jalanan. Ini disebabkan ada yang masih berada di dalam kenderaan. 

Salah satu alasan yang pernah di dengar dan pernah terjadi ialah kerana jauh dan malu. Meletakan kereta berjauhan dengan tempat dituju tidak ada masalah, tapi mengapa pula ada setengah orang sangup bermati-matian, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta yang berhampiran dengan tempat itu,  tidak kah lebih baik untuk kita berjalan jauh melihat suasana terlebih dahulu sebelum sampai ke arah tuju, walaupun panas, hujan ataupun ribut. Tentu orang-orang yang berumur lebih tua tercari-cari kemana hilangnya anak-anak muda yang serba canggih dengan teknologi kuno yang tidak lagi ada, yang tinggal hanya orang asing yang melintasinya dan yang terlintas-lintas di depan, belakang dan ditepi dengan bau yang berlainan macam. Hmm. Seperti Bandar kitani bukan Bandar sendiri. 

Ini yang dirasai apabila berada di sana, terutamanya di Yayasan dan di tempat menunggu bas-bas, penuh dengan orang asing berkeliaran. Setiap hari tiada perubahan, pagi tidak ada yang berbeza, di waktu petang pula tidak jauh bezanya dan malam memang ada kelainan. Adakah orang melayu takut dan malu untuk berjalan kaki kerana ramai yang asing dari rakyat sendiri? Atau takut dan malu kerana mungkin disama-samakan? atau mungkin takut dilihat oleh orang asing yang jauh memerhatikan? atau mungkin kerana kita dikenali dengan kemampuan maka tempat itu tidak lagi setaraf ? atau tidak sesuai kerana keadaanya? atau mungkin fikiran mu di hasut orang dan terhasut kerana hati hasutan penglihatan dan pendengaran? atau tempat itu mungkin ada kekurangan ? hmm. jika bandar seperti Gadong tentu ramaikan!!

Ku tabik kepada mereka yang pernah berjalan hujung ke hujung..dari hujung rambut ke hujung kuku kaki ku kerana malu mu tidak lagi menjadi masalah dalam penulisan ku. Bagaimana pula dengan yang tidak pernah?? hmm..apakah alasan mu?? Sila makan apa yang kamu fikiran.

No comments: