Monday, March 2, 2009

Di mana wang ku pergi?

Ku risau dan memerlukan wang untuk hidup, wang di dalam wallet ku, hanya tinggal 30 ringgit sahaja, 220 ringgit terbang dan terbakar dengan pantas tanpa di sedari, ku sedar ku mengharapkan wang elaun itu lagi..elaun memang akan keluar, akan keluar, tapi tidak tahu bila, ku harus mengikut giliran ku, ku menungu, menungu dan terus menungu, ku jadi penunggu, hingga saat-saat kritikal, ku pergi ke tempat pengeluaran wang..masukan kad ke dalam mesin, tekan butang tekan tekan, tekan tekan butang tekan, terkeluar resit, melihat, masih tidak ada.

 Pergi keluar, terus bertanya kepada teman-teman seperjuangan melalui telefon bimbit tentang elaun mereka. Ada yang sudah menerimanya dan ada yang belum.. Ku tidak tahan lagi dengan keadaan ku, kereta ku kehausan, telifon ku perlukan kredit, perut ku perlu di isi dengan makanan berkhasiat dan hidup ku memerlukanya sepenuh nyawa..wahh.. 

Wang adalah segalanya, ku bukan kaya, bukan miskin, bukan apa yang kamu fikirkan, ku lah sederhana. Di katakan mampu, tidak! di katakan tidak mampu pun tidak, ku lah sadang-sadang.

Ku selalu berhajat supaya dapat menjauhi hutang..hutang di sini sana tidak mungkin dapat hidup selesa.. hutang sini hutang sana, berkumpul , lama- lama jadi satu kumpulan hutang. Kemudian menjadi hutang dunia dan akhirat..lol.. di sebabkan ini juga ku perlukan wang untuk menebus hutang..haha..hutang apa? hutang mu, hutang kau, kau dan kau.

Pagi, petang dan malam ku sering kembali ke Atm.. masih tidak ada..hari hingga hari seterusnya..pun masih tidak ada.. sekarang ku tidak mempunyai apa-apa kecuali barang yang akan di jual, ku jual telipon ku, jual kereta ku, jual buku ku, beg ku, semua ingin ku jual, siapa mahu beli..ku rela jual semuanya..kecuali diri ku. ku hanya perlukan wang.

Tiba-tiba, ketika masih di rumah berselerak di katil seperti orang kalah judi, kawan seperti kawan bukan kawan seperjuangan memberitahu bahawa semua teman berlagak kawan, elaun mereka sudah keluar,yang tinggal hanya aku yang belum keluar. Maka dengan itu ku pergi ke tempat itu lagi, mencobanya sekali lagi..keluar tanpa disedari..ku gembira..ku terima..ku bersyukur..ku tidak perlu menjual.

Balik kerumah dengan membawa 50 ringgit sahaja..tersenyum melihat kepingan 10 ringgit. Ku terbayang dan terasa ku perlu berjimat..belum lama selepas itu, ku terfikir kemana wang ku pergi sebelum ini.

No comments: