Thursday, February 26, 2009

Mengisi masa kerananya

Tiada sesiapa yang dapat menghalang ku, tidak pernah ku terbayang atau terlintas difikiran yang semuanya menjadi begini. Apa yang dirasakan setakat ini ialah dia, dialah segalanya, dia yang selalu bersama ku, bersama ku, ku selalu bersamanya, setiap hari pagi, patang dan  malam, berhadapan, bertalifon, ber-sms, berurapak, ber"chatting" di laman web, duduk di samping ku, berjalan, berlari, bersenam, bersukan dan yang di minati ialah makan.

Ku percaya, masa untuk bersama teman semakin tipis, bukan itu saja, masa untuk bersama keluarga pun semakin berkurangan, tambahan lagi alam persekolahan di Universiti, masa yang digunakan terlalu cepat dan singkat untuk diperluaskan. Kepercayaan ku hanya aku yang dapat rasa, kamu yang mengenali aku seharusnya tahu, memahami keadaan dan menghormati keadaan. Dulu ku pernah terdengar dari orang, mengatakan sesuatu di belakang ku, Rhyme sibuk kerananya, kerana itu, maka bermacam-macam hal yang tidak perlu ada berlaku di permukaan bumi ini. Contohnya, tidak seharusnya ku dibawa mengikuti sesuatu yang seharusnya ku diperlukan.. heeh.. tetapi apakah masalahnya? adakah disebabkan aku bersamanya?? adakah di sebabkan dia begitu?? memang bukan hak kamu untuk berbuat begitu..memang urusan mu, TAPI soalnya  urusan ku juga, urusanya juga, tapi mengapa sibuk dengan apa yang kamu fikirkan!!

Kerananya, ku bersyukur, kerananya ku gembira, kerana ku dia turut serta..Dialah yang telah mengisi ruang-ruang kosong, sempit dan luas di kamar hidup ini. 

Ku mengenalinya semenjak pertama kali ku melihatnya, tetapi hanya berada dari jarak yang jauh, hati belum dikenal pasti, wajahnya ku hampiri, gayanya ku perhatikan dan budi bahasanya semestinya ku dengarkan. Ku luahkan isi hati ku, ku dendangkan lagu-lagu ciptaan ku, ku tulis ini ,tulis itu..puisi, sajak, apa saja hanya kerananya. ku rela memalukan diri ku kerananya, ku rela jadi manusia kerananya, ku rela jadi satu bukan dua kerananya dan ku rela pergi bersamanya kemana pun langkah dan gerak geri hati ini dibawa lari.

Dulu, di situ dia berdiri dan di sini lah aku menjadi saksi. Walaupun kawan pada mulanya, kawan hanya setakat kawan, bukan kawan ku yang mendekatinya, nampak atau tidak situasi dan kondisinya, ku tidak merasa apa-apa. Tetapi sekarang, di situ dia berdiri dan di sisinya ku berdikari. Apa saja yang datang tanpa disedari melalui gangguan hati, dengan rela hati, ku terpaksa  menjaga dan mengawal keadaan, tidak kira dari aspek mana pun..disebabkan ini, ini, itu, itu , semuanya adalah kerananya. Mengisi masa kerananya dapat dijadikan salah satu kuasa, contoh muka dan suasana yang sempurna.
 

No comments: