Friday, February 20, 2009

Serba sedikit mengenai aku dan sekeliling ku.

Hidup mempunyai makna tersendiri, terpulanglah kepada mereka untuk menganalisasikan dan intrepretasikan keadaan dan makna tersebut. 

Ku juga mempunyai jalan hidup yang berbeza dari berjuta-juta orang yang berada di permukaan bumi ini. Ku melangkah ke setiap penjuru menggunakan pelbagai kasut yang murah mahal dan juga tiada nilai. ku lah lelaki bukan lagi seperti lelaki, semestinya lelaki, lelaki yang mempunyai harga diri, lelaki yang mungkin tidak di hormati oleh setengah kaum dan puak, lelaki yang bakal menjadi orang tengah kerana kawan, kawan bukan jadi alasan untuk segala kehidupan, kawan jauh, kawan hampir, kawan yang dekat, kawan yang terlalu dekat, kawan yang melekat iaitu cinta kerana kawan yang mengenang budi dan melihatkan kasih sayang daripada satu kumpulan kawan yang 2 tinggal dan 2 jauh di pandangan. Hairan kepada kawan yang hampir sekarang jauh, hairan kerana ada kawan dulu yang melekat dan tiba-tiba jauh dan sekarang kembali melekat seperti kertas di gunting dan di gam semula.

 Ku memakai seluar dalam, baju jalan ,seluar jalan seperti orang biasa, biasa ku bermaksud unik bukan ganjil atau lebih lebihan. Di katakan seperti orang di sekeliling ku, ada yang tidak puas hati dan ku diperkatakan dan itu lah kamu yang akan menjadi mangsa ke 32 muncul dan seterusnya. Berbezalah pada zaman dulu, ku lah yang lebih-lebih, kesini sana seperti dari barat. tetapi hati melayu bukan itu saja yang melayu, rupa ku juga melayu. Ganjil. fikiran ku dulu tidak berada di dunia sesiapa, tidak berada di alam persekolahan, tidak berada di mana mana ruang kehidupan mu, ku hanya aku, dengan alam lamabaru yang bakal mengubah kehidupan ku buat selamanya.

 Apa yang mengubah diri ku? bukan orang , bukan binatang dan bukan barang, tetapi bunyi, apa saja bunyi yang dapat di dengar menggunakan telinga bukan mata, mulut  hidung, kepala dan angota badan.. Bunyi dari apa saja benda dan makluk yang tidak hidup dan hidup.

Lagu adalah separuh dari kehidupan ku, tiada lagu, tiada aku, tiada kamu dan tiada sesuatu di sisi ku. Ia adalah sesuatu yang dapat memainkan perasaan dan gerak geri seseorang yang mempunyai jalan kehidupan tersendiri.Ku rasa, pada masa kini banyak anak-anak muda mengikuti rentak lagu, seperti hidup di harumi bunyi-bunyian. Bagaimana rentak lagu itu dan genra seseorang ,begitulah jalan kehidupanya. Sebagai ahli seni, Bunyi itu di satukan, bunyi itu di pecahkan dan di cantumkan menjadi satu. Bunyi indah, bunyi seram dan bermacam macam jenis bunyi lagi. Terpulang lah kepadanya. terpulanglah kepada keadaan, terpulanglah kepada barang, terpulanglah kepada sokongan teman dan keluarga dan terakhir sekali ialah terpulanglah kepada media untuk menerimanya.

Separuh lagi ialah keluarga dan juga sesuatu yang cantik di mata dan di hati yang tiada nilainya, bukan bermaksud  yang lain tidak cantik dan sebagainya atau  tidak mempunyai apa apa sebarang keunikan darinya. Ini pula adalah untuk mereka yang terasa dan merasa, yang sakit, kurang sakit, sakit hati, sakit kepala dan sakit jiwa. Namun begitu ku tetap aku dan keputusan ku tetap keputusan ku, mungkin dulu menjadi, tapi tidak tahu, mungkin dirimu rasa sesuatu, tapi tidak tahu, mungkin ku merasainya tetapi malas dan tidak ingin tahu. Ku bukan jahat, bukan perampas, bukan mangsa kawan, bukan mangsa teman , bukan mangsa  sesiapa kecuali dua. Dua bukan tiga, yang hampir saja tahu, yang jauh biar jauh. yang bakal hampir silakan.  mempersilakan  kamu masuk ke alam ku.

Di dunia ku ada pelbagai masalah yang dapat ku perhatikan, mahupun dari kawan atau dari sesiapa saja yang ada di tempat kejadian, Jadi saksi, kadang-kadang terasa siksa mata melihatnya. Cuba untuk mengatasi masalah, menolong dan sebagainya, rasa ingin tahu masalah lebih mendalam, ingin tahu apakah punca, apakah rasanya dari pihak-pihak yang tertentu, takut aku pula jadi masalah. Ada yang berkata ku bukan kawan, bukan kawan, bukan seperti kawan, Cuba fikir siapa yang kawan siapa kawan, siapa kawan ku, siapa kawan mu, siapa kawan yang engkau mahu?

Pantang utama ialah kawan yang berlagak kawan, mereka sama tinggi sama rendah, sama besar sama kecil. Ada yang lebih tinggi, ada yang terlalu rendah, selain itu ada yang  terbesar dan ada yang terkecil. Empat kata sifat tersebut dapat di jadikan contoh. Pantang yang tidak selesa ialah kawan yang menyerupai kawan sebenar tetapi bukan kawan yang benar benar kawan. Ada beberapa orang yang menjadi mangsa . kesian dan kesian. Terasa ? sory saja!!!!

Lol

-Rhyme-

Jika ada tersilap makna, tersilap bahasa, tersilap  perkataan, tersilap ejaan dan tersilap semuanya ,harap maklum aku lah aku, Faham ..Mun faham bisai.. lol..

No comments: