Monday, July 7, 2008

Selamat pagi, petang dan malam ( 20/2/2009 )

Selamat pagi kepada orang melayu, cina, india, putih, merah, hijau dan kuning.  Selamat pagi kepada orang yang baru bangun,  kepada orang yang belum makan sarapan pagi, kepada mereka yang belum berus gigi, kepada mereka yang belum mandi, dan kepada mereka yang belum lagi sedarkan diri, Kepada sesiapa juga yang rasanya ingin bersembunyi di sebalik batu nisan, batu batan, batu bata, batu keras, batu licak, batu bukan sebarang batu. Silakan. batu mu, bukan batu ku.

Ku berterima kasih kepada mu kerana pagi hanya sekadar pagi. Kerana itu, pagi ku seperti pagi setiap hari. Pagi mempunyai perasaan dan pagi mempunyai fikiran, mungkin di dunia itu dapat di suburi seperti bunga mengembang, pasti ingin di isi dengan kehidupan yang berwarna warni, cara dan gaya jadi budaya. Bukan jadi buaya. Ianya mempunyai perasaan dan fikiran tersendiri. Perasaan yang mungkin tidak semua pembaca dapat  memahami dan fikiran yang tidak seorang pun yang dapat menerangi. Di sebabkan bahasa, bukan bahasa harian, oleh kerana bahasa, bahasa bukan menunjukkan bangsa, kerana bahasa ini ialah bahasa di waktu pagi untuk mengisi masa.

Selamat petang kepada mu, kepadanya, kepada sesiapa yang merasa dan terasa aliran bunyi suara di petang hari, kepada mereka yang baru habis sembahyang, kepada mereka yang baru habis makan tengahari, kepada mereka yang belajar, kepada mereka yang berada di rumah dan di sekolah. kamu lah sempurna. Rupa ku, rupa mu juga, keadaan mu, keadaan ku juga tetapi situasi mu, bukan situasi ku. Maksud ku mendalam, hati ku tengelam, dunia ku masih ku gengam, dendam ku rendam. Apakah erti perbuatan, apakah erti ku di waktu petang.

Selamat malam kepada orang yang akan tidor, kepada mereka yang menunggu mimpi, kepada sesiapa juga yang belum lagi pulang ke rumah, kepada mereka yang berdaur di sini sana,kepada mereka yang masih melepak di tepat lepak, kepada mereka yang pergi berjalan kesana kemari mencari tempat, kepada mereka yang belum makan malam, Kepada mereka yang masih berada di depan komputer, apa khabar mu? apa khabar teman mu?

Sekarang cuba lihat di wajah mu, pandanglah  ke kiri, pandanglah ke  kanan dan terakhir sekali pandanglah ke belakang, Cuba renung, cuba hayal, cuba fikir dan cuba sedar. Kepada siapa dan kepada apa untuk di sampaikan. kepada teman yang hampir dan jauh, kepada keluarga dan saudara-mara, kepada yang bakal menghampiri ku, kepada mereka yang belum kenal akan diri ku, bukan kamu yang di maksudkan. Bahasa ku sukar bukan bahasa mu yang bertukar , kefahaman ku bukan kefahaman mu, fikiran ku jauh bukan fikiran mu, malam ku, bukan malam mu. Kerana malam, bintang dan bulan muncul kelihatan, kerana malam, ku lah bintang, kau lah bulan.

Selamat pagi, selamat petang dan selamat malam aku dan kamu.

Lol..

-Rhyme-

No comments: