Saturday, February 21, 2009

Perasaan pukul 7.03 hingga 9 pagi

Tidak ada sebarang perasaan tertinggal pada pukul 7.03 hingga 9 pagi, mengira jari tangan, 1 hingga 10, tidak mencukupi, mengira jari kaki 11 hingga 20, pun tidak mencukupi, perasaan tersebut berubah rubah tidak mengikut masa. 

Pada masa itu, ku berada di dalam bilik, di atas katil, berselimut putih, kesejukan kerana cuaca terlalu gelap dan sejuk, terlalu lain, terlalu sukar untuk bangun untuk pergi berlari ke bilik mandi untuk mandi untuk menyegarkan diri dan untuk menyinari hari dengan sesuatu yang berfaedah.Ku kedengaran bunyi hujan di luar jendela, hujan lebat. Ku masih membaring di atas katil mengharapkan sesuatu gugur dari langit.

30 minit kemudian, bangun, menjauhi katil. Setan tetap membisiki telinga ku supaya meneruskan apa yang ku buat tetapi masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, masuk lubang hidung kanan, keluar lubang hidung kiri, masuk ke mulut, keluar ke lobang jubur. Rasa lalai sentiasa ada, rasa lalai juga ada di mana mana, perasaan lalai ada di depan mata dan ada juga di depan cermin, pada cermin yang mahal, cermin yang murah dan cermin yang pecah.






No comments: