Saturday, February 21, 2009

Banyak kepala di bawah kepala dan banyak kepala di atas kepala

Satu kumpulan, lima ke sepuluh orang, ada kumpulan-kumpulan yang kurang dan lebih dari yang dihadkan. Di dalam satu organisasi, setiap kumpulan mempunyai usul, cara, gaya, tema dan kelebihan yang berlainan dari setiap kumpulan, ini kerana setiap kumpulan mempunyai orang yang berlainan tahap dari segi kemampuan, pengalaman dan kesejahteraan berkumpulan.

Ada diantara mereka yang suka jadi kepala, kepala batu, kepala ratu, kepala yang suka mengarahkan orang supaya buat kerja tapi diri tidak buat kerja. Ada kepala yang jadi kepala benar benar kepala kan mati usulnya. Ada kepala yang baik ada kepala yang jahat, ada juga kepala yang ingau akan keadaan dan ada yang tidak ingau akan keadaan. 

Paling dibenci ramai ialah kepala yang berlagak si tahu dan berlagak pandai. Tetapi kepala mana yang sempurna? tidak ada yang sempurna. Jika yang benci itu jadi kepala, kelemahanya pula kelihatan dan itu 2 x 5. 

Paling dicintai atau di sukai ramai ialah kepala yang rasa dirinya bagus, berupaya menjadi yang terbaik dan dapat mengenali kelemahan dan mengatasi masalah setiap orang bawahanya. Selain itu, kepala itu lah kepala yang di cari iaitu kepala yang memahami.



No comments: